cara menjadi jutawan

Sunday 27 May 2012

MENJADI KAYA.......DENGAN CEPAT!

CARA YANG PASTI UNTUK MENARIK PERHATIAN IALAH DENGAN MAJU KE HADAPAN.


Ada cara yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian pihak tertentu bagi meningkatkan diri dan maju ke hadapan dalam hidup, menjadi kaya......dengan cepat. Anda boleh berjaya dalam dunia perniagaan yang kompleks hari ini atau memiliki apa sahaja yang anda perlukan sebagai matlamat hidup hanya dengan mempunyai sikap yang baik hati, bantu-membantu dan bekerjasama dengan orang lain.


Setiap orang yang berjaya hari ini diangkat ke tangga kejayaan dengan bantuan mereka yang mahu melihat kejayaannya!

Anda sepatutnya berhak memiliki kejayaan. Tetapi berhak untuk mendapat kejayaan sahaja tidak mencukupi. Semasa Calvin Coolidge menjadi Presiden, dia berkata "Yang paling sukar adalah manusia yang mempunyai bakat tetapi tidak berjaya. Dunia ini penuh dengan orang berilmu yang istimewa".

Menjadi seorang yang berilmu, berbakat dan berkebolehan adalah aset yang bernilai. Tetapi dengan memiliki perkara yang disebutkan tadi tidak menjanjikan seseorang itu boleh berjaya. Benar, kebanyakan orang yang berjaya tidak memiliki pendidikan formal dan berbakat. Mereka juga tidak begitu berkebolehan berbanding orang lain yang memiliki kedua-duanya.

Mereka yang berjaya hari ini kerana tahu dan menggunakan petua mencapai kejayaan yang telah terbukti! Hanya inilah cara untuk berjaya.

Satu cara yang penting ialah dengan membuat orang lain sanggup mengangkat anda ke atas. Orang lain mesti berkemahuan untuk membantu anda!

Bagaimana cara untuk membuat orang lain mahu membantu anda untuk berjaya?

Sentiasa ingat bahawa:

Untuk mengeluarkan wang daripada akaun bank anda, terlebih dahulu anda mesti memasukkan ke dalamnya. Maka, anda harus memberi orang lain apa yang meeka inginkan- atau bantu mereka mendapatkannya- sebelum anda mengharapkan orang lain mahu membantu anda.
an
Bagaimana caranya?
Anda mulakan dengan menarik minat mereka yang boleh mengangkat anda ke arah atau kepada kejayaan. Andaperlu menarik minat mereka dengan menunjukkan kesanggupan anda membantu mereka terlebih dahulu. Tiada cara lain lagi untuk menarik perhatian selain daripada menghulurkan kerjasama dan pertolongan.


Dengan itu, petua mencapai kejayaan yang telah terbukti akan:

1. Menarik perhatian pihak tertentu.
2. Memberikan anda kenaikan pangkat.
3. Mengambil hati orang lain dengan pertolongan yang telah diberikan untuk mencapai kejayaan.
4. Membuatkan anda menjadi kaya......dengan cepat!

No comments:

Post a Comment