cara menjadi jutawan

Tuesday 29 May 2012

BAGAIMANA MENJADI KAYA DALAM TEMPOH LIMA TAHUN.

Tujuan bab ini ialah untuk meyakinkan anda bahawa anda juga boleh menjadi kaya hanya dengan menggunakan petua mencapai kejayaan yang telah terbukti dalam hampir semua jenis perniagaan. Anda boleh menjadi sangat kaya hanya dengan menyediakan apa sahaja perkidmatan  
atau barangan yang menjadi permintaan orang ramai.

Ana boleh galakkan mereka membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan menerusi petua mencapai kejayaan yang telah terbukti.


Berikut disenaraikan jenis perniagaan, perkhidmatan atau pengeluaran yang boleh memberikan harta kekayaan peribadi dari $1 juta ke $50 ribu juta kepada individu-individu tersebut dalam jangka masa sesingkat lima tahun. Harta persendirian terbanyak disenaraikan paling atas dan menurun ke senarai paling bawah. Sekiranya terdapat lebih daripada satu perniagaan disenarikan dibaris yang sama, ini menunjukkan kepelbagaian dalam kepentingan perniagaan pada individu yang sama.

1.  Makanan binatang dan barang tambahan, hartanah
2.  Perkhidmatan komputer, perniagaan saham.
3.  Kelengkapan perubatan.
4.  Tayar, baik pulih dan kelengkapan.
5.  Insuran- jenis kos rendah.
6.  Kedai pakaian wanita.
7.  Hartanah.
8.  Kedai-kedai ubat.
9.  Insuran pekerja.
10.Barangan perubatan
11.Kenderaan berat(trak)
12.Setem ( jual beli )
13.Insuran melalui surat menyurat.
14.Rumah bergerak ( kabin kenderaan )
15.Pili dan lain-lain keluaran keluli.
16.Insuran terutamanya untuk ( kabin kenderaan ).
17.Enjin elektrik.
18.Pelekat dan bahan-bahan perekat.
19.Mesin-mesin dan barang-barang pejabat.
20.Cat dan bahan cuci industri.
21.Kedai ubat layan diri.
22.Bidang gas, minyak dan hartanah.
23.Benih pertanian, carigali minyak.
24.Minuman ringan dan pengedaran.
25.Dakwat untuk percetakan.
26.Kedai-kedai diskaun ( harga rendah ) dan kedai-kedai serbaguna.
27.Restoran dan ais krim.
28.Pembinaan rumah.
29.Kaca alas ( keselamatan ), perkhidmatan fotografi.
30.Penjualan barangan pengguna melalui pos.
31.Insuran umum dan perladangan.
32.Hartanah dan insuran.
33.Brangan pembersihan dan kesihatan ( sanitasi )
34.Jus buah-buahan.

Jelas sekali,kepelbagaian dalam jenis perniagaan, perkhidmatan dan barangan menunjukkan bahawa objekti penting bagi diri anda sebenarnya- bukan dengan mencipta suatu perniagaan ajaib, perkhidmatan atau barangan mengkagumkan- tetapi penggunaan petua mencapai kejayaan yang telah terbukti dengan tetap, berterusan dan bersungguh-sungguh.

Sudah tentu untuk mendapatkan harta kekayaan, anda memilih sendiri jenis perniagaan atau kerjaya. Tetapi sentiasa beringat bahawa kejayaan anda bergantung, bukannya kepada jenis perniagaan yang anda pilih, sebaliknya kepada penggunaan petua mencapai kejayaan yang telah terbukti dengan tetap,berterusan dan berkekalan.

No comments:

Post a Comment