cara menjadi jutawan

Monday 11 June 2012

MENJADI KAYA DENGAN CEPAT MENERUSI RATUSAN JENIS PEKERJAAN

Dalam bab yang lalu, anda telah mempelajari bahawa mereka yang mengumpul harta peribadi sebanyak $1 juta hingga $50 ribu juta dalam lima tahun baru-baru ini- dalam 34 jenis perniagaan berbeza dan perniagaan tersebut merupakan perniagaan yang umum.

Apabila anda melihat senarai 34 jenis perniagaan tersebut, anda akan menyedari bahawa anda juga layak untuk mendapatkan pekerjaan pada tahap tertentu dalam mana-mana 34 jenis perniagaan dan dalam masa lima tahun terdapat mereka yang menjadi sangat kaya.

Anda tidak semestinya mencari emas, minyak atau mencipta barangan untuk menjadi kaya dengan lebih cepat.

Anda hanya perlu mengikuti langkah-langkah mudah seperti berikut - semuanya mudah dan sesuai dengan keupayaan anda:

1. Mulakan- pada tahap mana anda sekarang berkelayakan- dalam mana-mana syarikat yang {kukuh} dan                
     anda boleh mencurahkan tenaga untuk:

   (a) Memberikan barangan atau perkhidmatan yang akan memberikan orang ramai lebih daripada apa yang    
          mereka inginkan.

   (b) Memberikan barangan atau perkhidmatan yang akan membolehkan orang ramai mengelakkan atau
        menghapuskan apa yang mereka tidak ingini.

2. Pastikan untuk memilih syarikat yang sedang meningkat naik- bersedia, berazam dan berkemampuan
    untuk berkebang dalam apa juga saiz yang diperlukan bagi membekalkan barangan dan perkhidmatan
    untuk memenuhi permintaan yang semakin bertambah.

3. Pastikan bahawa anda tidak memilih syarikat yang tidak "membekukan" tahap "pangkat ketua" tetapi
    menawarkan kepada anda pangkat yang cepat dan diikuti dengan pertambahan dari segi gaji bergantung
    kepada pertambahan(kebaikan) dan nilai kepada syarikat.

Dalam bab berikutnya, anda akan mempelajari tentang jenis pembelajaran yang anda perlukan untuk menguasai perubahan peluang pekerjaan dalam perubahan dunia masa kini.

Supaya anda boleh menjadi kaya.....dengan cepat!

Tuesday 29 May 2012

BAGAIMANA MENJADI KAYA DALAM TEMPOH LIMA TAHUN.

Tujuan bab ini ialah untuk meyakinkan anda bahawa anda juga boleh menjadi kaya hanya dengan menggunakan petua mencapai kejayaan yang telah terbukti dalam hampir semua jenis perniagaan. Anda boleh menjadi sangat kaya hanya dengan menyediakan apa sahaja perkidmatan  
atau barangan yang menjadi permintaan orang ramai.

Ana boleh galakkan mereka membeli barangan atau menggunakan perkhidmatan menerusi petua mencapai kejayaan yang telah terbukti.


Berikut disenaraikan jenis perniagaan, perkhidmatan atau pengeluaran yang boleh memberikan harta kekayaan peribadi dari $1 juta ke $50 ribu juta kepada individu-individu tersebut dalam jangka masa sesingkat lima tahun. Harta persendirian terbanyak disenaraikan paling atas dan menurun ke senarai paling bawah. Sekiranya terdapat lebih daripada satu perniagaan disenarikan dibaris yang sama, ini menunjukkan kepelbagaian dalam kepentingan perniagaan pada individu yang sama.

1.  Makanan binatang dan barang tambahan, hartanah
2.  Perkhidmatan komputer, perniagaan saham.
3.  Kelengkapan perubatan.
4.  Tayar, baik pulih dan kelengkapan.
5.  Insuran- jenis kos rendah.
6.  Kedai pakaian wanita.
7.  Hartanah.
8.  Kedai-kedai ubat.
9.  Insuran pekerja.
10.Barangan perubatan
11.Kenderaan berat(trak)
12.Setem ( jual beli )
13.Insuran melalui surat menyurat.
14.Rumah bergerak ( kabin kenderaan )
15.Pili dan lain-lain keluaran keluli.
16.Insuran terutamanya untuk ( kabin kenderaan ).
17.Enjin elektrik.
18.Pelekat dan bahan-bahan perekat.
19.Mesin-mesin dan barang-barang pejabat.
20.Cat dan bahan cuci industri.
21.Kedai ubat layan diri.
22.Bidang gas, minyak dan hartanah.
23.Benih pertanian, carigali minyak.
24.Minuman ringan dan pengedaran.
25.Dakwat untuk percetakan.
26.Kedai-kedai diskaun ( harga rendah ) dan kedai-kedai serbaguna.
27.Restoran dan ais krim.
28.Pembinaan rumah.
29.Kaca alas ( keselamatan ), perkhidmatan fotografi.
30.Penjualan barangan pengguna melalui pos.
31.Insuran umum dan perladangan.
32.Hartanah dan insuran.
33.Brangan pembersihan dan kesihatan ( sanitasi )
34.Jus buah-buahan.

Jelas sekali,kepelbagaian dalam jenis perniagaan, perkhidmatan dan barangan menunjukkan bahawa objekti penting bagi diri anda sebenarnya- bukan dengan mencipta suatu perniagaan ajaib, perkhidmatan atau barangan mengkagumkan- tetapi penggunaan petua mencapai kejayaan yang telah terbukti dengan tetap, berterusan dan bersungguh-sungguh.

Sudah tentu untuk mendapatkan harta kekayaan, anda memilih sendiri jenis perniagaan atau kerjaya. Tetapi sentiasa beringat bahawa kejayaan anda bergantung, bukannya kepada jenis perniagaan yang anda pilih, sebaliknya kepada penggunaan petua mencapai kejayaan yang telah terbukti dengan tetap,berterusan dan berkekalan.

Sunday 27 May 2012

MENJADI KAYA.......DENGAN CEPAT!

CARA YANG PASTI UNTUK MENARIK PERHATIAN IALAH DENGAN MAJU KE HADAPAN.


Ada cara yang boleh dilakukan untuk menarik perhatian pihak tertentu bagi meningkatkan diri dan maju ke hadapan dalam hidup, menjadi kaya......dengan cepat. Anda boleh berjaya dalam dunia perniagaan yang kompleks hari ini atau memiliki apa sahaja yang anda perlukan sebagai matlamat hidup hanya dengan mempunyai sikap yang baik hati, bantu-membantu dan bekerjasama dengan orang lain.


Setiap orang yang berjaya hari ini diangkat ke tangga kejayaan dengan bantuan mereka yang mahu melihat kejayaannya!

Anda sepatutnya berhak memiliki kejayaan. Tetapi berhak untuk mendapat kejayaan sahaja tidak mencukupi. Semasa Calvin Coolidge menjadi Presiden, dia berkata "Yang paling sukar adalah manusia yang mempunyai bakat tetapi tidak berjaya. Dunia ini penuh dengan orang berilmu yang istimewa".

Menjadi seorang yang berilmu, berbakat dan berkebolehan adalah aset yang bernilai. Tetapi dengan memiliki perkara yang disebutkan tadi tidak menjanjikan seseorang itu boleh berjaya. Benar, kebanyakan orang yang berjaya tidak memiliki pendidikan formal dan berbakat. Mereka juga tidak begitu berkebolehan berbanding orang lain yang memiliki kedua-duanya.

Mereka yang berjaya hari ini kerana tahu dan menggunakan petua mencapai kejayaan yang telah terbukti! Hanya inilah cara untuk berjaya.

Satu cara yang penting ialah dengan membuat orang lain sanggup mengangkat anda ke atas. Orang lain mesti berkemahuan untuk membantu anda!

Bagaimana cara untuk membuat orang lain mahu membantu anda untuk berjaya?

Sentiasa ingat bahawa:

Untuk mengeluarkan wang daripada akaun bank anda, terlebih dahulu anda mesti memasukkan ke dalamnya. Maka, anda harus memberi orang lain apa yang meeka inginkan- atau bantu mereka mendapatkannya- sebelum anda mengharapkan orang lain mahu membantu anda.
an
Bagaimana caranya?
Anda mulakan dengan menarik minat mereka yang boleh mengangkat anda ke arah atau kepada kejayaan. Andaperlu menarik minat mereka dengan menunjukkan kesanggupan anda membantu mereka terlebih dahulu. Tiada cara lain lagi untuk menarik perhatian selain daripada menghulurkan kerjasama dan pertolongan.


Dengan itu, petua mencapai kejayaan yang telah terbukti akan:

1. Menarik perhatian pihak tertentu.
2. Memberikan anda kenaikan pangkat.
3. Mengambil hati orang lain dengan pertolongan yang telah diberikan untuk mencapai kejayaan.
4. Membuatkan anda menjadi kaya......dengan cepat!

Monday 21 May 2012

MENJADI KAYA.........DENGAN CEPAT

PETUA YANG DIGUNAKAN OLEH GENERAL MOTORS

Berikut adalah petua Mencapai Kejayaan yang telah terbukti yang digunakan oleh General Motors.

1. Memberi orang lebih daripada apa yang mereka inginkan.
2. Memberi orang kurang daripada apa yang mereka tidak inginkan.

Pada mulanya nampak perkara di atas seperti mudah, ia merupakan kaedah kejayaan yang asas. Apabila anda cuba untuk mengaplikasikannya barulah anda sedar bahawa ia tidak semudah yang anda sangkakan.

Ini kerana, kebanyakan orang mahu orang lain memberi kepada mereka apa yang mereka ingini dan melakukan apa yang mereka mahukan.

Petua mencapai kejayaan yang terbukti: Beri kepada orang lain apa yang mereka inginkan.

Sunday 20 May 2012

LAKUKAN DUA PERKARA ASAS YANG MUDAH DAN SENANG.

Untuk menjadi kaya dengan cepat atau mencapai apa sahaja matlamat hidup, memerlukan anda melakukan dua perkara yang mudah dan senang.

1. Anda perlu ada pengetahuan
2. Kemudian, anda gunakannya!

Kebanyakan orang tidak begitu hirau akan hal ini dan menghabiskan banyak masa terhadap benda yang remeh-temeh sepanjang riwayat mereka. Mereka banyak merungut tentang masalah yang dihadapi daripada mencari jalan penyelesaiannya.

Telah disebutkan bahawa " pengetahuan itu kuasa". Tetapi itu tidak tepat. Pengetahuan bukannya kuasa tetapi hanya pemangkin kuasa. Sebenarnya, menggunakan pengetahuan yang akan memberikan anda kuasa!

Mulailah menggunakan setiap petua mencapai kejayaan yang telah terbukti di ruangan seterusnya. Sehingga berjumpa lagi di masa akan datang!



Kejayaan Adalah Satu Topik Pembelajaran Yang Khusus.
Faktor yang menyebabkan manusia lambat berjaya dalam pekerjaan dan kerjaya adalah kerana mereka hanya menumpukan kepada usaha memperbaiki kemahiran bekerja sahaja. Hakikatnya mereka boleh menjadi lebih mahir dalam pekerjaan atau kerjaya dengan hanya menggunakan satu petua kejayaan yang telah terbukti.

Anda mesti menggunakan sebanyak mungkin petua mencapai kejayaan yang telah terbukti- sebagai tambahan meningkatkan kemahiran bekerja-untuk menjadi kaya.......dengan cepat!  


Saya akan kupas lagi tentang petua-petua yang digunakan oleh orang-orang yang telah berjaya mengubah nasib hidup mereka sehingga menjadi terkenal dalam bidang yang diceburi. Nantikan di ruangan akan datang!

Tuesday 15 May 2012

Cara menjadi jutawan

Pada pendapat saya kita perlu menjadi seorang yang proaktif dan inovatif dalam usaha kita untuk mencari pendapatan melalui internet. Sebelum berjaya dalam sesuatu perkara, banyak halangan yang perlu ditempuhi sebelum kejayaan menjelma. Oleh itu, kita jangan cepat mengalah bila ditimpa masalah. Teruskan usaha dan banyakkan berdoa supaya kerja kita mendapat keredhaanNya.